Wednesday, April 27, 2011

PERHATIAN SEMUA CAW/HALAL MART/KIOSK

Analisa Jadual Syif Staf Cawangan bagi bulan April 2011
Melalui penelitian terhadap jadual syif yang dijalankan di cawangan/halal mart/kios terdapat sebilangan cawangan dari segi penyusunan jadual yang tidak teratur dan banyak info terkini gagal di patuhi.
Sila ambil perhatian;
1)   Semua permohonan cuti kecuali cuti mingguan perlu memaklumkan kepada pihak HR dan selepas mendapat kelulusan dari pengurus, staf baru dibolehkan bercuti.
·    Cuti tahun – kebenaran kelulusan pengurus seminggu sebelum cuti dengan mengisi borang
·    Cuti sakit(MC) – perlu memberi  sijil cuti sakit (MC) dari doctor ke pihak HR dan memaklumkan kepada pihak HR atas ketidakhadiran anda.
·    Cuti ehsan & cuti ganti – perlu memaklumkan kepada pihak HR dengan mengisi borang cuti.

2)      Bilangan hari bercuti tidak boleh digabungkan dengan cuti2 lain sehingga bilangan cuti yang yang di ambil terlalu banyak yang boleh memberi kesan kepada perjalanan operasi cawangan dan cuti berkenaan ini juga didapati tidak dimaklumkan untuk mendapat kelulusan pihak PPZS. Contohnya 2 hari cuti mingguan di tambah dengan 3 hari cuti tahun, jumlahnya adalah 5 hari.

Staf hanya dibenarkan mengambil cuti tahun 1@2 hari sahaja dalam sebulan dengan kelulusan.
Jika didapati ada yang masih berbuat sedemikian, tindakan amaran akan dikenakan.

3)      Cuti mingguan ;
·    Staf perlu mengambil cuti mingguan yang di kategorikan sebagai cuti rehat. ( 1 hari dalam seminggu bekerja)
·    Tidak boleh menganjakkan cuti mingguan ke mingguan lain melainkan untuk mengantikan staf yang cuti sakit dengan mengisi borang makluman bekerja pada hari cuti dan cuti mingguan tersebut boleh dinamakan cuti ganti. Semua ini perlu memaklumkan pada pihak HR terlebih dahulu, jika tidak cuti ganti anda tidak di rekod serta apa-apa kos menggantikan staf berkenaan tidak di ambil kira oleh syarikat.

4)      Cuti Sabtu Pertama ; Telah dihapuskan (rujuk memo 20 Januari 2011)

Jadual Syif Mei dan seterusnya,
        I.  Berkuatkuasa dari tarikh 28 April 2011, jadual syif perlu dihantar seawal sebelum bulan ke depannya  ke pihak HR. Cawangan yang tidak menghantar akan dikenakan tindakan surat amaran tanpa peneguran secara lisan oleh pihak PPZS lagi,
      II.   Penghantaran perlu melalui fax sahaja.
    III.   Penghantaran jadual syif adalah muktamad untuk direkod oleh pihak HR. sebarang perubahan perlu maklum kepada pihak HR terlebih dahulu dan seandainya ada perubahan tanpa kebenaran PPZS, tindakan akan di ambil.


CONTOH JADUAL SYIF:




Tuesday, March 29, 2011

PERHATIAN!!!! MAKLUMAN TTG ESP

MEMO
TARIKH    : 29 MAC 2011/RABU

KEPADA   : SEMUA EKSEKUTIF CAWANGAN ZON SELATAN

PERKARA: TATACARA MENEMPAH TIKET ESP-REAL BUSSINES DI CAWANGAN
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tuan/Puan

Pihak Pentadbiran Zon Selatan (PPZS) ingin memaklumkan  berikut merupakan tatacara menempah tiket ESP-Real Bussines di cawangan.

A) Sebelum tiket tiba di cawangan.

1.      Dapatkan nama, nombor ahli dan nombor telefon ahli tersebut.
2.      Jelaskan bayaran RM100.00.
3.      Keluarkan resit (2 salinan), 1 salinan disimpan untuk cawangan.
4.      Jika tiket sudah sampai dicawangan, terus telefon ahli tersebut untuk ambil tiket, pastikan resit ditunjukkan.

B) Jika tiket tiba di cawangan.

1.      Dapatkan nama, nombor ahli dan nombor telefon ahli tersebut.
2.      Jelaskan bayaran RM100.00
3.      Keluarkan resit (2 salinan), 1 salinan disimpan untuk cawangan.
4.      Serahkan terus tiket ESP-Real Bussines.

Bayaran tiket tersebut hendaklah di bank in ke akaun Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad BSN;
0219 0290 0026 5044.

Sebarang pertanyaan, pihak cawangan boleh merujuk En.Mohd Taufik Bin Sahrudin (019-51897171) atau Cik Norhanim Bt Ya’acob (017-7730103) atau melalui talian berikut 07-7733717/07-7722717. Kerjasama daripada pihak Tuan/Puan, dalam memastikan urusan syarikat berjalan lancar amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

AHMAD HUZAIMI BIN MOHD NOOR
Pengurus Zon Selatan

s.k        Pejabat Pentadbiran Pengarah Urusan
            Ibu Pejabat (Pentadbiran)
            Fail