Rujukan kami : AWM/PER/1/1(02)
Rujukan tuan :
28 Jamadilakhir 1432H
-----------------------------
01 Jun 2011
KEPADA
SEMUA STAF
KUMPULAN SYARIKAT HPA
Tuan / Puan,
CUTI KEPUTERAAN YANG DI PERTUAN AGONG
Merujuk kepada perkara di atas.
Adalah dimaklumkan bahawa 04 Jun 2011 (Sabtu) merupakan cuti Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong yang merupakan cuti umum bagi syarikat, sehubungan dengan itu semua staf akan bercuti pada hari tersebut. Bagi staf yang cuti mingguan mereka pada hari Jumaat akan mula bekerja semula pada 05 Jun 2011(Ahad), manakala staf yang bercuti mingguan pada hari Ahad, akan mula bekerja pada 06 Jun 2011 (Isnin).
Namun begitu cuti tersebut tidak membabitkan staf cawangan dan restoran di mana staf yang bekerja pada hari tersebut akan dibayar gaji 3 (tiga) hari.
Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan semua staf dapat memberikan perhatian terhadap perkara di atas. Segala kerjasama dan perhatian daripada tuan / puan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.
“PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA”™
Yang Benar,
NURJEHAN BT ZAINUDIN
PENGURUS, PENTADBIRAN / SUMBER MANUSIA
Sk Pengarah Urusan
No comments:
Post a Comment