MEMO
Rujukan kami; AWM/PPZS/MEMO(HR)/1/8/2-12
TARIKH : 7 JUN 2011 / SELASA
KEPADA : SEMUA STAF ZON SELATAN
PERKARA : JADUAL BERTUGAS , CUTI REHAT DAN CUTI TAHUN
------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum,
Saudara/ri,
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
- JADUAL BERTUGAS (SYIF MINGGUAN) – STAF CAWANGAN
Pihak Zon Selatan telah memantau beberapa cawangan di Zon Selatan dan berlaku pengambilan cuti serentak bagi beberapa cawangan. Semua Eksekutif hendaklah bijak menyusun jadual tugas setiap cawangan dan tidak berat sebelah di atas apa-apa sebab kepentingan peribadi. Semua staf mempunyai hak yang sama dan boleh membuat laporan kepada pihak Zon Selatan jika terdapat keraguan di dalam pengurusan cawangan. Jadual syif mingguan berkenaan perlu di faks ke bahagian sumber manusia setiap awal bulan untuk direkod dan jika ada sebarang perubahan dalam syif mingguan tersebut perlu memaklumkan bahagian sumber manusia terlebih dahulu.
- CUTI REHAT – STAF CAWANGAN
Setiap staf cawangan adalah berhak kepada satu hari cuti rehat dalam setiap minggu, bercuti secara bergilir dengan staf lain. Pengumpulan cuti rehat adalah tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu dengan atas arahan syarikat, pengumpulan cuti atau cuti dibawa ke hadapan hanya dibenarkan dengan kelulusan sahaja. Sehubungan itu, eksekutif cawangan harus memastikan cuti staf sentiasa di pantau dan mempunyai rekod kehadiran yang lengkap.
- CUTI TAHUN
Setiap staf adalah dibenarkan mengambil 1 (satu) atau 2 (dua) hari sebulan bagi cuti tahun mengikut tempoh kontrak yang di tetapkan. Staf tidak dibenarkan pengumpulan cuti tahun berganda dalam sebulan. Oleh demikian, diharapkan semua staf jelas dan memahami arahan ini.
Semua staf hendaklah mematuhi semua peraturan di atas. Apa-apa masalah yang timbul berkaitan perkara di atas hendaklah dirujuk kepada Zon Selatan dengan kadar segera. Kegagalan staf dalam memberi kerjasama pada perkara di atas, pihak Zon Selatan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib dan boleh menyebabkan kontrak perkhidmatan ditamatkan pada bila-bila masa. Pemantauan akan sentiasa di buat dari semasa ke semasa bagi memastikan pengurusan di Zon Selatan dapat berjalan dengan lancar.
Sekian Terima Kasih.
“PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA” TM
Yang benar,
NOR IZHAM BIN HJ MOHD NOOR
Pen. Pengurus Besar Zon Borneo & Selatan
s.k Pejabat Pengarah Urusan
Pentadbiran Ibu Pejabat
Fail
No comments:
Post a Comment